BAB FEKAH JUAL BELI
TAJUK: TADLIS (PENIPUAN)
* Pelajar dapat menjelaskan maksud tadlis
* Pelajar dapat menerangkan dalil pengharamannya.
* Pelajar dapat jenis tadlis .
* Pelajar dapat membezakan maksud jenis-jenis tadlis dengan menghafaznya.
Maksud tadlis:
( التدليس) dari sudut bahasa : Menipu
( التدليس ) dari sudut istilah syarak : Menyembunyikan aib (kecacatan) barangan (jualan) daripada (pengetahuan) pembeli.
Dalil Pengharaman Menipu
Firman Allah swt: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu Mengetahui”.
Menipu adalah satu bentuk daripada cara-cara makan harta orang lain secara salah yang diharamkan Allah
Firman Allah swt: “Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (dalam sukatan dan timbangan),﴾1﴿ (iaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, ﴾2﴿ Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi
﴾3﴿”
(الدطففون) ialah orang yang mengurangkan hak-hak orang ramai dalam sukatan dan timbangan mereka. Ini adalah amalan/perbuatan orang yang menipu.
Hadis: Daripada Abu hurairah bahawa rasulullah saw melalui satu longgokan makanan (buah tamar), lalu baginda memasukkan jarinya dalam longgokan makanan itu dan didapati jari-jarinya basah. Baginda bertanya: “Apa ini wahai penjual?”. Penjual itu menjawab: Ianya ditimpa hujan waha Rasulullah!. Baginda berkata: “Adakah kamu letakkannya di atas makanan supaya dlihat oleh orang ramai. Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalangan kami”. (Hadis riwayat Muslim).
1) Menipu tentang sifat sesuatu
* Seperti pembeli menerima barangan yang dibeli yang tidak sama dengan sifat yang disepakati. Seperti penjual menjualjam tiruan dengan harga yang tinggi dan mendakwanya ianya adalah tulen
2) Menipu tentang kadar
* Mengurangkan timbangan barang jualan daripada kadar sebenarnya seperti menggunakan alat timbangan yang sukatannya tidak tepat (ada penipuan).
3) Jual beli Musirrah
* iaitu unta betina, lembu atau kambing yang tidak diperah susunya beberapa hari secara sengaja supaya banyak susu terkumpul di labu susunya, maka pembeli menyangka binatang itu sentiasa banyak susunya , lalu dia ingin membelinya dan mungkin penjual menambahkan harganya. Sekiranya berlaku pembelian maka akad jual beli itu adalah sah tetapi terdapat perkara haram kerana terdapat unsur penipuan padanya. Apabila pembeli mengetahui perkara tersebut, maka bolehlah dia membuat pilihan memulangkannya segera. Apabila pembeli itu memulangkannya dan dia telah memerah susunya maka dia perlu memulangkannya beserta segantan tamar sebagai ganti susu yang diambilnya
4) An Najsyu
Seseorang itu menambahkan harga barangan sedangkan dia tidak ingin membelinya, tetapi dia ingin menjadikan orang lain menganggap barang tersebut berharga, lalu orang tersebut membelinya dengan harga yang lebih tinggi. Setelah berlaku pembelian maka sahlah jualbeli tersebut. Apabila ada bukti perkara tersebut iaitu terdapat persepakatan antara penjual dan orang yang menipu, maka kedua-duanya berdosa. Penjual itu menipu dan memperdaya pembeli .Maka pembeli mempunyai hak pilihan (menerima atau membatalkan) dalam pembelian tersebut.















