Friday, September 7, 2018


BAB FIQHUL MUA'MALAT
BAB FEKAH JUAL BELI 


TAJUK: TADLIS (PENIPUAN)



    Objektif Pembelajaran :

                    * Pelajar dapat menjelaskan maksud tadlis
                    * Pelajar dapat menerangkan dalil pengharamannya.
                    * Pelajar dapat jenis tadlis .
                    * Pelajar dapat membezakan maksud jenis-jenis tadlis dengan menghafaznya.

Maksud tadlis:


( التدليس) dari sudut bahasa : Menipu
( التدليس ) dari sudut istilah syarak : Menyembunyikan aib (kecacatan) barangan (jualan) daripada (pengetahuan) pembeli.

Dalil Pengharaman Menipu 

Firman Allah swt: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu Mengetahui”.

Menipu adalah satu bentuk daripada cara-cara makan harta orang lain secara salah yang diharamkan Allah

Firman Allah swt: “Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (dalam sukatan dan timbangan),﴾1﴿ (iaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, ﴾2﴿ Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi
﴾3﴿”
 (الدطففون) ialah orang yang mengurangkan hak-hak orang ramai dalam sukatan dan timbangan mereka. Ini adalah amalan/perbuatan orang yang menipu.

Hadis: Daripada Abu hurairah bahawa rasulullah saw melalui satu longgokan makanan (buah tamar), lalu baginda memasukkan jarinya dalam longgokan makanan itu dan didapati jari-jarinya basah. Baginda bertanya: “Apa ini wahai penjual?”. Penjual itu menjawab: Ianya ditimpa hujan waha Rasulullah!. Baginda berkata: “Adakah kamu letakkannya di atas makanan supaya dlihat oleh orang ramai. Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalangan kami”.  (Hadis riwayat Muslim).


1) Menipu tentang sifat sesuatu   
 * Seperti pembeli menerima barangan yang dibeli yang tidak sama dengan sifat yang disepakati.     Seperti penjual menjualjam tiruan dengan harga yang tinggi dan mendakwanya ianya adalah tulen








2) Menipu tentang kadar   
* Mengurangkan timbangan barang jualan daripada kadar sebenarnya seperti menggunakan alat timbangan yang sukatannya tidak tepat (ada penipuan).





3) Jual beli Musirrah 
* iaitu unta betina, lembu atau kambing yang tidak diperah susunya beberapa hari secara sengaja supaya banyak susu terkumpul di labu susunya, maka pembeli menyangka binatang itu sentiasa banyak susunya , lalu dia ingin membelinya dan mungkin penjual menambahkan harganya. Sekiranya berlaku pembelian maka akad jual beli itu adalah sah tetapi terdapat perkara haram kerana terdapat unsur penipuan padanya. Apabila pembeli mengetahui perkara tersebut, maka bolehlah dia membuat pilihan memulangkannya segera. Apabila pembeli itu memulangkannya dan dia telah memerah susunya maka dia perlu memulangkannya beserta segantan tamar sebagai ganti susu yang diambilnya






4) An Najsyu 
Seseorang itu menambahkan harga barangan sedangkan dia tidak ingin membelinya, tetapi dia ingin menjadikan orang lain menganggap barang tersebut berharga, lalu orang tersebut membelinya dengan harga yang lebih tinggi. Setelah berlaku pembelian maka sahlah jualbeli tersebut. Apabila ada bukti perkara tersebut iaitu terdapat persepakatan antara penjual dan orang yang menipu, maka kedua-duanya berdosa. Penjual itu menipu dan memperdaya pembeli .Maka pembeli mempunyai hak pilihan (menerima atau membatalkan) dalam pembelian tersebut.








BAB FIQHUL MUNAKAHAT
BAB FEKAH PERKAHWINAN


TAJUK: BERTUNANG



Objektif Pembelajaran :                                                                                      

                    * Pelajar dapat menyebut pengertian bertunang.
                    * Pelajar dapat menjelaskan dalil dari Al-quran tentang syariat pertunangan.
                    * Pelajar dapat membezakan hukum pertunangan.
                    * Pelajar dapat menyatakan syarat sah pertunangan
                    * Pelajar dapat memberi hikmah pertunangan.
                    *Pelajar dapat menyelesaikan permasalahan yang berkaitan pertunangan.






maka  bertunanglah!!!!!!!!!!

b


Pengertian Pertunangan:


 *Dari sudut bahasa : kata terbitan bagi khotaba, antara ertinya permintaan, bercakap dan memberi nasihat. 

*Dari sudut istilah syarak : Seorang Lelaki meminta kepada wanita atau penjaganya untuk berkahwin  

Dalil pensyariatan pertunangan 

Antara Dalil disyariatkan pertunangan : Firman Allah swt: “Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan cara kiasan atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. dan Ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan Ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun”. (Surah Al-Baqarah : 235) 

Allah membenarkan pertunangan dengan cara membentangkannya kepada wanita yang beriddah  kematian suaminya 


Hadis : 

Daripada Jabir bin Abdullah ra katanya: Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda: “Jika seorang di antara kamu meminang seorang wanita, jika dia dapat menunggu apa yang membawanya kepada mengahwininya, maka hendaklah dia lakukan”.   (hadis riwayat Abu Daud) 

** info penting 

Pertunangan terdapat dua jenis : 1. Pertunangan secara sorih (nyata), seperti lelaki yang meminang berkata: “Saya ingin berkahwin dengan si fulanah itu”. 2. Pertunangan secara sindiran (kiasan), seperti lelaki yang meminang berkata: “Kamu memang layak berkahwin”, “Gembiralah orang dapat bersama kamu” atau “Saya mencari perempuan yang sesuai seperti kamu”. 

Hukum Pertunangan 

Pertunangan adalah sunat sebagaimana yang ditunjukkan oleh nas hadis tersebut. Pertunangan ini mungkin tertakluk kepada hukum lain mengikut keadaan wanita seperti berikut : 

1
 Harus meminangnya 
Wanita yang tidak mempunyai halangan untuk berkahwin 

Haram meminangnya secara umum 
Wanita yang diharamkan kepada lelaki untuk mengahwininya 

Haram meminangnya secara sorih (nyata) 
Wanita yang beriddah secara umum 

Haram meminangnya secara sorih (nyata) dan sindiran (kiasan) 
Wanita yang beriddah dengan iddah talak raj’i 

Harus meminangnya secara sindiran (kiasan) 
Wanita yang beriddah dengan iddah kematian suaminya Wanita dalam iddah bain atau fasakh  

Haram meminangnya secara terikat dengan sesuatu 
wanita yang menjadi tuning seseorang sehingga tunang pertamanya mengizinkan pertunangan tersebut atau wanita itu menolak pertunangan pertama 

Syarat sah pertunangan 

1. Wanita itu bukan dari kalangan wanita yang diharamkan mengahwininya sama ada pengharaman itu untuk selama-lamanya atau pengharaman sementara
. 2. Wanita itu bukan beriddah dengan perceraian raj’i.
 3.  Wanita itu bukan tunang orang lain 

Hikmah Pertunangan 

1. Pertunangan adalah satu cara untuk berkenalan antara lelaki dan wanita 
 2. Tempoh pertunangan adalah sebagai persediaan untuk perkahwinan 


Masalah Yang Berkaitan 

1. Meminta pandangan tentang tunang lelaki atau tunang wanita - Minta penjelasan (nasihat) adalah sunat pada syara’, terutamanya dalam hal perkawinan. Orang yang memberi nasihat itu perlu menjelaskan hakikat sebenar dengan jujur dan amanah, tidak memadai dengan hanya mengatakan: "perempuan itu Tidak sesuai bagi kamu " atau "lelaki itu tidak sesuai dengan kamu" atau seumpamanya sekiranya boleh. Perkara tersebut tidak dianggap sebagai mengumpat yang diharamkan, tetapi ia adalah nasihat yang wajar 

2. Melihat kepada wanita yang dipinang - Disunatkan bagi mereka yang ingin mengahwini wanita agar melihatnya dengan menjaga  batas-batas yang ditetapkan oleh Islam iaitu bahagian muka dan dua tapak tangan. Rasulullah saw bersabda: “Lihatlah kepada wanita itu, kerana jika kamu melihat kepadanya kau akan menambah keinginan untuk berkahwin antara kamu berdua” (hadis riwayat Tarmizi). 

Perkara tersebut berlaku di hadapan penjaga agar tidak membawa kepada fitnah 

3. Khalwat dan pencampuran antara tunang lelaki dan perempuan - percampuran antara tunang  lelaki dan perempuan dan khalwat sebelum perkahwinan adalah haram pada syara'. Dengan semata-mata pertunangan, tidak menjadikan tunang perempuan itu sebagai isteri tunang lelaki itu, hubungannya tetap sebagai hubungan orang asing. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: jangan berkhalwat (duduk berdua-duaan di tempat sunyi) lelaki dengan wanita kecuali bersamanya mahram yang lain.   (Hadis riwayat Muslim) 

4. Membatalkan pertunangan - Pertunangan adalah janji untuk berkahwin dan bukannya akad. Maka boleh membatalkan pertunangan itu, tetapi dilarang untuk meminang kembali jika tidak ada tujuan yang dibenarkan syara’ atau jika tidak mempunyai apa-apa kebaikan. 

** info penting 

*Allah swt menamakan akad nikah itu sebagai perjanjian yang besar iaitu perjanjian yang kukuh: “Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami-isteri. Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat”.   (Surah an Nisa’ : 21) 


*Bertunang atas pertunangan orang lain adalah haram keran ia menyebabkan permusuhan dan kebencian. Larangan ini berlaku apabila perempuan itu bersetuju dengan pertunangan pertama. Namun apabila tidak ada keputusan yang lahir dari perempuan itu atau walinya, maka ia tidak haram menerima pertunangan baru. 

Rasulullah saw bersabda: “dan seorang lelaki tidak boleh melamar/meminang atas lamaran/pinangan saudaranya sehinnga pelamar/peminang pertama meninggalkan lamarannya atau pelamar/peminang memberi izin kepadanya”. (Hadis riwayat Bukhari & Muslim). 


** Nilai Murni 

Menjaga adab percampuran antara tunang lelaki dan perempuan. 

Thursday, September 6, 2018

BAHAGIAN FEKAH

BAB FIQHUL IBADAT
(BAB FEKAH IBADAT)


  TAJUK : BERSUCI


Objektif Pembelajaran :                                                                                      

                    * Pelajar dapat menyebut takrif bersuci
                    * Pelajar dapat menjelaskan dalil dari Al-quran.
                    * Pelajar dapat membezakan hukum bersuci.
                    * Pelajar dapat memadankan alat-alat bersuci.
                    * Pelajar dapat memberi hikmah bersuci.














SUDAH SEDIA UNTUK KUIZ!!!!!!!!!!!!!!!!










Wednesday, September 5, 2018



BAHAGIAN AL-QURAN



Tajuk : Surah At-Takwir

                   Objektif Pembelajaran :

                    * Pelajar dapat membaca surah At-Takwir.
                    * Pelajar dapat menjelaskan makna kalimat yang dipilih ke Bahasa Melayu.
                    * Pelajar dapat Menghafaz surah At-Takwir dengan hafazan yang lancar.
                    * Pelajar dapat membaca dengan mengetahui hukum tajwid yang betul.


                 Makna Kalimat:
                                   
                  1. كورت * dipudarkan cahayanya
                  2. العشار* unta2 yg bunting 
                  3. عطلت * tidak dipedulikan     
                  4. حشرت* dikumpulkan
                  5. البحار  * lautan  
                  6. زوجت * disatukan dengan pasangannya
                  7. نشرت * dibentangkan  
                  8. كشطت * dilenyapkan 
                  9. تنفس  * menyinsing
                  10.زوجت* disatukan dengan pasangannya


                Contoh kesalahan tajwid dalam makhraj bacaan dalam lagu bertarannum:


                





                                     

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar hari ini? sihat? In shaa Allah, Ustazah akan berkongsi dengan kalian tentang nota-nota PT3 memandangkan pembelajaran yang terkini dan lepas melibatkan tajuk-tajuk yang susah difahami dalam bahasa Arab. Ustazah harap medium ini, menjadi medan ilmu, serta medan dakwah ustazah buat para pencinta ilmu. Sebagai orang yang masih baru dalam pembikinan blog, Ustazah mohon tunjuk ajar agar kita semua mendapat manfaat yang sama. Semoga majlis ilmu dalam lapangan baru ini dapat menjadi bahan sokongan dan kalian dapat belajar dengan lebih menarik.


Sekian,

Pencinta Ilmu
Nurul Juhida Binti Ahmad
Guru KBD,
SMA (A) Annajah

BAB FIQHUL MUA'MALAT BAB FEKAH JUAL BELI  TAJUK: TADLIS (PENIPUAN)      Objektif Pembelajaran :                     ...