Friday, September 7, 2018



BAB FIQHUL MUNAKAHAT
BAB FEKAH PERKAHWINAN


TAJUK: BERTUNANG



Objektif Pembelajaran :                                                                                      

                    * Pelajar dapat menyebut pengertian bertunang.
                    * Pelajar dapat menjelaskan dalil dari Al-quran tentang syariat pertunangan.
                    * Pelajar dapat membezakan hukum pertunangan.
                    * Pelajar dapat menyatakan syarat sah pertunangan
                    * Pelajar dapat memberi hikmah pertunangan.
                    *Pelajar dapat menyelesaikan permasalahan yang berkaitan pertunangan.






maka  bertunanglah!!!!!!!!!!

b


Pengertian Pertunangan:


 *Dari sudut bahasa : kata terbitan bagi khotaba, antara ertinya permintaan, bercakap dan memberi nasihat. 

*Dari sudut istilah syarak : Seorang Lelaki meminta kepada wanita atau penjaganya untuk berkahwin  

Dalil pensyariatan pertunangan 

Antara Dalil disyariatkan pertunangan : Firman Allah swt: “Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan cara kiasan atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. dan Ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan Ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun”. (Surah Al-Baqarah : 235) 

Allah membenarkan pertunangan dengan cara membentangkannya kepada wanita yang beriddah  kematian suaminya 


Hadis : 

Daripada Jabir bin Abdullah ra katanya: Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda: “Jika seorang di antara kamu meminang seorang wanita, jika dia dapat menunggu apa yang membawanya kepada mengahwininya, maka hendaklah dia lakukan”.   (hadis riwayat Abu Daud) 

** info penting 

Pertunangan terdapat dua jenis : 1. Pertunangan secara sorih (nyata), seperti lelaki yang meminang berkata: “Saya ingin berkahwin dengan si fulanah itu”. 2. Pertunangan secara sindiran (kiasan), seperti lelaki yang meminang berkata: “Kamu memang layak berkahwin”, “Gembiralah orang dapat bersama kamu” atau “Saya mencari perempuan yang sesuai seperti kamu”. 

Hukum Pertunangan 

Pertunangan adalah sunat sebagaimana yang ditunjukkan oleh nas hadis tersebut. Pertunangan ini mungkin tertakluk kepada hukum lain mengikut keadaan wanita seperti berikut : 

1
 Harus meminangnya 
Wanita yang tidak mempunyai halangan untuk berkahwin 

Haram meminangnya secara umum 
Wanita yang diharamkan kepada lelaki untuk mengahwininya 

Haram meminangnya secara sorih (nyata) 
Wanita yang beriddah secara umum 

Haram meminangnya secara sorih (nyata) dan sindiran (kiasan) 
Wanita yang beriddah dengan iddah talak raj’i 

Harus meminangnya secara sindiran (kiasan) 
Wanita yang beriddah dengan iddah kematian suaminya Wanita dalam iddah bain atau fasakh  

Haram meminangnya secara terikat dengan sesuatu 
wanita yang menjadi tuning seseorang sehingga tunang pertamanya mengizinkan pertunangan tersebut atau wanita itu menolak pertunangan pertama 

Syarat sah pertunangan 

1. Wanita itu bukan dari kalangan wanita yang diharamkan mengahwininya sama ada pengharaman itu untuk selama-lamanya atau pengharaman sementara
. 2. Wanita itu bukan beriddah dengan perceraian raj’i.
 3.  Wanita itu bukan tunang orang lain 

Hikmah Pertunangan 

1. Pertunangan adalah satu cara untuk berkenalan antara lelaki dan wanita 
 2. Tempoh pertunangan adalah sebagai persediaan untuk perkahwinan 


Masalah Yang Berkaitan 

1. Meminta pandangan tentang tunang lelaki atau tunang wanita - Minta penjelasan (nasihat) adalah sunat pada syara’, terutamanya dalam hal perkawinan. Orang yang memberi nasihat itu perlu menjelaskan hakikat sebenar dengan jujur dan amanah, tidak memadai dengan hanya mengatakan: "perempuan itu Tidak sesuai bagi kamu " atau "lelaki itu tidak sesuai dengan kamu" atau seumpamanya sekiranya boleh. Perkara tersebut tidak dianggap sebagai mengumpat yang diharamkan, tetapi ia adalah nasihat yang wajar 

2. Melihat kepada wanita yang dipinang - Disunatkan bagi mereka yang ingin mengahwini wanita agar melihatnya dengan menjaga  batas-batas yang ditetapkan oleh Islam iaitu bahagian muka dan dua tapak tangan. Rasulullah saw bersabda: “Lihatlah kepada wanita itu, kerana jika kamu melihat kepadanya kau akan menambah keinginan untuk berkahwin antara kamu berdua” (hadis riwayat Tarmizi). 

Perkara tersebut berlaku di hadapan penjaga agar tidak membawa kepada fitnah 

3. Khalwat dan pencampuran antara tunang lelaki dan perempuan - percampuran antara tunang  lelaki dan perempuan dan khalwat sebelum perkahwinan adalah haram pada syara'. Dengan semata-mata pertunangan, tidak menjadikan tunang perempuan itu sebagai isteri tunang lelaki itu, hubungannya tetap sebagai hubungan orang asing. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: jangan berkhalwat (duduk berdua-duaan di tempat sunyi) lelaki dengan wanita kecuali bersamanya mahram yang lain.   (Hadis riwayat Muslim) 

4. Membatalkan pertunangan - Pertunangan adalah janji untuk berkahwin dan bukannya akad. Maka boleh membatalkan pertunangan itu, tetapi dilarang untuk meminang kembali jika tidak ada tujuan yang dibenarkan syara’ atau jika tidak mempunyai apa-apa kebaikan. 

** info penting 

*Allah swt menamakan akad nikah itu sebagai perjanjian yang besar iaitu perjanjian yang kukuh: “Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami-isteri. Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat”.   (Surah an Nisa’ : 21) 


*Bertunang atas pertunangan orang lain adalah haram keran ia menyebabkan permusuhan dan kebencian. Larangan ini berlaku apabila perempuan itu bersetuju dengan pertunangan pertama. Namun apabila tidak ada keputusan yang lahir dari perempuan itu atau walinya, maka ia tidak haram menerima pertunangan baru. 

Rasulullah saw bersabda: “dan seorang lelaki tidak boleh melamar/meminang atas lamaran/pinangan saudaranya sehinnga pelamar/peminang pertama meninggalkan lamarannya atau pelamar/peminang memberi izin kepadanya”. (Hadis riwayat Bukhari & Muslim). 


** Nilai Murni 

Menjaga adab percampuran antara tunang lelaki dan perempuan. 

No comments:

Post a Comment

BAB FIQHUL MUA'MALAT BAB FEKAH JUAL BELI  TAJUK: TADLIS (PENIPUAN)      Objektif Pembelajaran :                     ...